Aku Kna Mnangls Kat Pangkuan Kau Ke? Kau Tau Pulak Apa Aku Rasa – Zarina Anjoulie

Minggu lalu, pelakon kntroversi Zarina Anjoulie mngejutkn peminat beliau di Instagram apabila memuatnaik status memaklumkan sudah bercrai.

Ramai yang menyangkakan Zarina cuma mahu membuat gimik kerana tidak lama selepas memuatnaik status sudah bercrai, Zarina dilihat memuatnaik vdeo mempromosikan produk.

Namun menerusi vdeo seterusnya, Zarina mengesahkan dia sudah bercrai dengan suami, Eilyas Azhar hanya bertahan selama enam bulan bersama.

Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, rumah tangga yang dibina pada 17 Julai tahun lalu itu berakhir kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

Pelakon Anak Pontianak itu mengesahkan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran video dalam Instagramnya selepas menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung status ‘bercrai’ yang dikongsikannya pagi tadi.

” Ya, benar saya telah bercrai. Saya tiada niat pun hendak kecoh. Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara buruk pun yang berlaku, cuma saya rasa kami sudah tidak lagi sehaluan.

” Jadi, saya rasa itu (bercrai) adalah pilihan terbaik. Terima kasih pada sesiapa yang menghubungi saya tentang hal ini. Saya rasa sangat terharu,” katanya dalam video tersebut.

Anju bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut tentang tarikh dan punca berlakunya percraian tersebut.

Ujar pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu lagi, percraian merupakan keputusan terbaik untuk mereka. Kini, dia mahu lebih fokus terhadap keluarganya.

” Sekarang saya akan fokus terhadao kerja, keluarga dan anak saya.

” Sudah bertahun-tahun saya duduk seorang (ibu tunggal). Selepas ini saya akan gunakan masa yang ada untuk bersama keluarga,” katanya.

Kongsi gambar pegang tangan Fathia Latif

Sementara itu, selepas dua tahun dikatakan putus sahabat, akhirnya kedua-dua pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie kembali menjernihkan hubungan tersebut dengan berbaik semula di antara satu sama lain.

Dalam satu entri, Zarina berkongsi gambar beliau menggenggam tangan seseorang dengan kapsyen tertulis, “Teka siapa… kembar saya”.

Menerusi komen ditinggalkan, ramai percaya Zarina memegang tangan Fathia Latiff memandangkan mereka sudah berbaik semula.

Dikec4m netizen, Zarina balas balik

Namun siapa sangka perkongsian Zarina itu mendapat respon negatif seorang individu yang menulis di ruangan komen.

” Kau baru bercrai kan ko takde rasa apa ka? adoiiii bila tak tahu maksud dan makna khwin sebab tu takdak rasa apa walaupon jadi j4nda..” tulis individu terbabit.

Komen tersebut lantas dibalas balik oleh Zarina.

” Aku kena menangis kat pangkuan kau ke? Kau tau pulak apa aku rasa,” balas Zarina.

Komen balas Zarina turut disokong oleh pengikutnya, malah rata-rata tampil mengec4m individu terbabit kerana meningalkan komen tidak sepatutnya kepada Zarina.

Terdahulu Zarian mencetuskan tanda tanya ramai apabila memberi bayangan tentang status perkahwinan dengan bekas suaminya selepas memuat naik satu hantaran menyatakan rasa syukur dan mengumumkan dirinya telah bercrai dengan lelaki tersebut.

Sebelum ini, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi bercrai pada Disember 2016.

Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Limau Ais

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.