“Baik Pilih Ita,” Nazim Othman Puji Kecantikan Dan Bakat Iman Suhana

Pelakon-pelakon Takdir Yang Tertulis semakin dikenali sejak drama itu mendapat tempat di hati para penonton.

Pada 4 Februari 2021, pelakon utamanya iaitu Nazim Othman yang membawa watak Azlan, telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Nazim menyedari adanya komen yang ditulis berkenaan drama itu mengatakan “baik pilih Ita.”

Beliau juga sempat bercanda dengan menulis:-

“Dalam ting tong dia , ada jugak bijaknya. Dah la single, selalu cuba amik hati Azlan, pandai urut-urut manja, buat Milo tabur fav pun dia tau…~🧉”

Namun kenyataan tersebut berdasarkan pendapatnya sebagai ‘Azlan’.

Dalam pada itu, Nazim menceritakan tentang pengalaman bekerja dengan Iman Suhana yang membawakan watak Ruzita itu:-

“(I adore this girl since our first project together a few years ago . Soar higher dik. @imansuhana)”

Nampaknya Iman ini ternyata berbeza dengan watak Ruzita yang dibawakannya.

Nazim pula menyenangi kerjasama yang dilakukan bersama untuk projek lakonan mereka.

Sementara itu, Nazim membalas satu komen pada perkongsiannya dengan memuji kecantikan, kebaikan dan bakat Iman.

Semoga nama pelakon Iman Suhana akan lebih dikenali selepas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hotfm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.