Harris Alif Dan Intan Ladyana Selamat Benikah Dlam Norma Baharu

PASANGAN selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif selamat dis4tukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat.

Acara akad nikah Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya dan suaminya disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jvrunikah dan juga wakil wali.

Menurut Harris, mereka sepatutnya melangsungkan perniikahan pada Sabtu namun terpaksa diawalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun Harris dan Intan meluahkan rasa lega serta bersyukur apabila acara pernikahan mereka berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Selamat Berg3lar Suami Isteri 

Bernikah Dalam Norma Baharu

“Alhamdulillah… saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah. Memang agak susah juga nak buat majlis waktu PKP ini. Sepatutnya kami nikah pada 6 Februari tapi diawalkan bagi mengikut jadual pihak Jawi.

“Acara nikah kami mengikut SOP dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum akad nikah itu, saya rasa tenang saja tapi bila dah duduk nak lafaz akad tu mula rasa gementar,” kata Harris kepada mStar.

Bagaimanapun, pasangan tersebut masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.

Acara tersebut turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Alhamdulillah… saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah.

HARRIS ALIF

PENGACARA

Pada majlis itu, Harris, 22, menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pada majlis terbabit, kedua pasangan mempelai ini nyata berseri-seri menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision.

Menerusi sidang media itu juga, Harris mendedahkan majlis merisik sudah dilakukan pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan.

Menurut Harris, pada mulanya dia tidak berasa terlalu gementar kerana beranggapan hanya sekadar melafazkan akad, namun apabila tiba masa untuk dia melafazkannya, perasaan itu secara tiba-tiba muncul.

Bagaimanapun, Harris bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.

“Sebelum ak4d nikad, saya berasa macam tak ada apa-apa sebab sekadar nak cakap ayat yang mudah.Tetapi bila dah duduk dekat kerusi itu dan nak lafaz akad sebenarnya agak gementar juga”

“Tapi bila dah selesai, Alhamdulillah lega rasanya” kata Harris pada Murai.my

Pasangan ini mengadakan sesi sidang media selepas acara akad nikah.

Sementara itu, Intan berkongsi perjalanan hubungan mereka dipermudahkan dari awal perkenalan dan paling penting, keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif serta merestui hubungan mereka.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hvbungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.