TMJ Taja Team Ebit Lew Tunai Umrah, Salur Bantuan RM200k Untuk Gol0ngan Asnaf

Sejak kebelakangan ini, nama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sering menjadi bualan h4ngat netlzen. Ini kerana baginda suka berkongsi hal semasa dan menjawab soalan rakyat di laman Instagram.

Terbaru, TMJ memberi sumbangan kepada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) untuk membantu lebih ramai golongan asnaf di Malaysia. Berita itu telah dikongsikan di laman rasmi Facebook milik baginda sebentar tadi.

Harap UEL dapat bantu lebih ramai

Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rkyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rkyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.

Baginda juga memberi sumbangan kepada usaha kebajikan agar UEL dapat membantu lebih ramai lagi rkyat yang memerlukannya. Akhir sekali, TMJ mendoakan agar UEL dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Taja semua team pergi umrah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

Ustaz Ebit Lew turut melahirkan rasa syukur dengan sikap mulia TMJ yang membantunya dalam menjalankan misi kemanusian ini. Malah, TMJ turut menaja pasukan UEL ke Umrah secara percuma berserta RM200 ribu sumbangan untuk orang ramai. Rata-rata di ruangan k0men memvji sikap TMJ yang berjiwa rkyat dan mendoakan kesejahteraan baginda.

UEL ke istana TMJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HRH Crown Prince of Johor

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.