Baru Lepas Dipuji,Fathia Latiff Bvat Hal Balik

Selain kaum lelaki, segelintir kaum wanita di negara ini sebenarnya turut merokok namun mungkin situasinya jarang dilihat secara meluas. Perkara ini menimpa pelakon wanita, Fathia Latiff apabila sesi live di Insta Stories bersama Zarina Anjoulie menjadi perhatian gara-gara dia merokok.

Mungkin sebelum ini sejarah Fathia yang pernah dikecam gara-gara pernah tampil berani mati di dalam aplikasi Bigo Live membuatkan lebih ramai meninggalkan komen-komen berkaitan cerita lamanya selain ada yang menggelarnya sebagai sundal serta yang menyentuh bab agama. Wow.

Apa yang pasti, setiap perlakuan manusia di atas dunia ini adalah pilihan sendiri. Dia mahu live, mahu merokok dan mahu berkongsi dengan orang ramai bahawa dia sememangnya merokok itu pun adalah pilihan sendiri.

Apabila kita melihat bahawa selebriti ini tidak pernah berdosa atau membuat salah, itulah satu kesilapan peminat atau pengikut. Semua orang ada salah dan sifat masing-masing, sama ada mahu fake atau rela dikecam asalkan jadi diri sendiri.

Ramai lagi sebenarnya barisan selebriti wanita yang merokok yang mungkin peminat tahu pun akan terkejut. Silap-silap agaknya ada pula yang buat akaun Instagram demi membongkar pelakon wanita yang merokok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.