Lepas Did@kwa Cembvru Dgn Model Vietnam, Sekali Stacy B4las Balik Ayat Padu Sampai Nama Dia Trending di Twitter

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial berhubung kenyataan balas penyanyi Akim Ahmad terhadap seorang model berasal dari Viet-nam.

Terbaru, nama penyanyi Stacy Anam tiba-tiba menjadi sohor kini dalam Twitter sejak semalam selepas didkwa cmburukan seorang wanita bernama Jaade yang sepatutnya muncul dalam muzik video Rampas nyanyian Akim The Majistret.

Perkara tersebut terctus selepas Jaade tidak berpuas hati bbaknya dalam muzik video berkenaan dibuang atas alasan isteri kepada vokalis kumpulan Akim The Majistret iaitu Stacy cmburu.

Pendedahan tersebut mendapat perhatian sehingga ramai ntizen dalam kalangan rakyat MaIaysia berpendapat Jaade tidak sepatutnya membngkitkan isu yang sudah Iapuk.

Rata-rata ntizen menyifatkan Jaade yang juga seorang model itu sebagai gi-Ia glamor kerana mengungkit kembali isu yang berlaku pada 2018.

” Ini kisah tahun 2018, kenapa perlu dibangkitkan kembali. Gi-la populariti agaknya,” ciap seorang ntizen.

Selain itu, terdapat juga pengguna Twitter berpendapat Jaade memutar-belit mesej yang dihantar seorang individu kepadanya berhubung isu tersebut.

” Dia ini terus membuat kesimpulan dengan mengatakan isteri Akim cmburu sedangkan dalam mesej tersebut cuma cakap isteri penyanyi itu tidak menyukainya.

” Bagi saya, Stacy ada hak untuk menolak bbak berkenaan kerana dia yang menulis lirik lagu itu,” ujar seorang ntizen bernama Alexxyoe.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Stacy berkenaan isu tersebut.

Bagaimanapun, pelantun lagu Khayalan itu memuat naik sebuah video yang memaparkan dia dan Akim sedang merakam lagu.

Malah, kapsyen yang ditulisnya juga seperti memberi bayangan tentang isu tersebut yang masih berlegar dalam media sosial sejak semalam.

” Selamat ulang tahun kita kahwin sayang! Saya punya Iaki (suami) kan? Jaadeyyy? (jadi),” tulisnya.

Ramai percaya status ditulis oleh Stacy itu ditujukan kepada model yang bernama Jaade itu apabila dia menulis perkataan ‘jadi’ kepada ‘Jaadeyyy’.

Rata-rata warganet turut meninggalkan komen dengan mengaitkan status ditulis Stacy dengan model Viet-nam terbabit.

” Jaadeyyy hahaha.. Steady..! Stacy punya Iaki, org lain panas hati.. Opps! Happy anniversary to both of you..” tulis seorang pengikut Stacy.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 30, mendirikan rumah tangga bersama Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam, 31, pada 4 Februari 2016.

Kosmo! semalam turut melaporkan Jaade menddahkan tangkap layar mesej yang memaparkan seorang individu yang terlibat dalam proses pembikinan muzik video Rampas memaklumkan bbak lakonannya telah dibuang kerana isteri kepada vokalis kumpulan itu tidak menyukainya.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Akim berkata tindakan memadam bbak tersebut bagi menghormati mesej lirik lagu berkenaan yang berkisarkan tentang ibunya, Allahyrham Aminah Bahari yang meninggI dnia pada tahun 2018.

Jade Anh mohon maaf kerana tud.uh Stacy punca lakonan dip0tong

Selepas insiden membalas ciapan di Twitter bersama vokalis Akim and The Majistret, Akim Ahmad berhubung isu muzik video kumpulan itu, pempengaruh kacukan Jermen-Vietnam, Jade Anh, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jelas Anh, permohonaan maaf dibuat setelah menyedari terdapat masalah komunikasi dan mengakui ciapannya seakan mengaibkan isteri vokalis tersebut, Stacy Anam.

“Saya ingin membuat permohonan maaf secara rasmi kepada penyanyi itu dan isterinya. Disebabkan masalah komunikasi, saya menyangka perkara ini berpunca daripada masalah cemburu tetapi rupa-rupanya tidak.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini sekiranya ingin mengeluarkan sebarang kenyataan atau melakukan apa-apa bentuk perbuatan,” ciapnya menerusi akaun Twitter, semalam.

Bagaimanapun, Anh dalam ciapan permohonan maafnya itu masih enggan menyebut nama pasangan tersebut. Semakan terkini mendapati permohonan maaf itu sudah dipadam.

Anh semalam, mencetuskan kekecohan di Twitter selepas mendedahkan babak lakonannya dalam muzik video Rampas dipotong kerana mendakwa Stacy cemburu.

Pendedahan tersebut kemudian mendapat perhatian Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad.

Penyanyi kumpulan Potret itu menafikan dakwaan Anh dah berang akan tuduhan melulu model tersebut terhadap isterinya.

Sementara itu, Anh juga tidak menyangka isu yang berlaku pada tahun 2018 itu menjadi topik hangat dalam media sosial semalam.

Malah katanya, dia juga tidak tahu menahu berhubung ulang tahun perkahwinan pasangan tersebut.

“Sekali lagi, saya tiada niat untuk jadikannya sebagai isu besar. Jujurnya saya cuma ingin berkongsi tentang memori lucu dan pelik tetapi akhirnya tersebar dengan luas.

“Selain itu, saya juga tidak tahu tentang ulang tahun perkahwinan mereka dan tiada niat untuk mengganggu kehidupan pasangan tersebut,” katanya lagi.

“Dia tak patut bising, itu hak kami untuk tentukan!” – Zimi beri amaran jangan sebar video MV ‘Rampas’ yang belum disunting

SELAKU salah seorang pencipta lagu Rampas, bekas anggota kumpulan Akim & The Majistret iaitu Zimi menegaskan model Jade Anh tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan babaknya dalam video muzik lagu tersebut dibuang.

Menurut Zimi, 37, model berketurunan Jerman-Vietnam itu hanya dibayar untuk menjadi model dalam MV tersebut namun keputusan untuk menapis aksinya atas persetujuan pihak syarikat rakaman.

Jelas pemilik nama Zarimi Zahari ini, keputusan itu dibuat selepas dinilai aksinya tidak bersesuaian dengan jalan cerita memandangkan lagu tersebut dicipta khas untuk arwah ibu kepada penyanyi Akim Ahmad.

Zimi sebelum ini memuat naik status mengenai kontroversi MV Rampas.

“Sebenarnya dia tak ada hak pun nak bersuara mengenai MV Rampas dan tak hak nak minta penjelasan kenapa babak dia dibuang sebab keputusan semua atas pihak ATM!

“Dia tak sepatutnya nak pertikaikan pun sebab dia terima bayaran bukannya tak dapat apa-apa. Kalau babak dia kena buang ke ikut suka pihak kami la yang menentukan.

“MV itu pun milik cipta syarikat rakaman dan aksinya dalam MV itu pun memang tidak bersesuaian dengan jalan cerita lagu Rampas yang dicipta khas untuk arwah ibu Akim,” kata Zimi kepada mStar.

Pada Jumaat, model tersebut mendedahkan aksinya terpaksa ditapis kerana isteri kepada Akim iaitu Stacy Anam cemburu menonton babak-babak dalam MV berkenaan.

Mesej yang dihantar individu tersebut telah merumitkan lagi keadaan.

Menyedari ciapan tersebut ditujukan kepadanya, Akim menjelaskan tindakan pihaknya menapis beberapa babak yang menampilkan wanita terbabit kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat.

Isu itu menjadi semakin kecoh apabila Jade tampil mendedahkan bukti mesej yang dihantar individu yang bertanggungjawab terhadap MV itu.

Bagaimanapun model berusia 21 tahun itu gagal membuktikan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa sifat cemburu isteri Akim iaitu Stacy adalah punca MV Rampas disunting semula.

Dalam pada itu, Zimi yang juga seorang komposer memberi teguran kepada Jade dan mana-mana pihak terlibat supaya tidak menyebarkan sebarang footage atau video MV sebelum ditapis.

“Saya nak beri teguran kepada dia dan pihak yang terlibat supaya tidak menyebarkan footage atau video yang sudah disunting itu di mana-mana platform. Pihak produksi yang terlibat dalam MV itu pun tidak boleh sebarkan apa-apa.

“Individu yang mesej Jade itu pun tak ada kebenaran untuk menjelaskan kepada Jade kenapa beberapa babak dalam MV itu ditapis. Mesej yang dihantar individu tersebut telah merumitkan lagi keadaan.

“Jadi, saya harap tiada pihak yang cuba menyebarkan apa-apa melibatkan MV itu tanpa kebenaran syarikat rakaman jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Trending sangat

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.