Sharnaaz Ahmad Teruja Bawa Jebat Balik Rumah,Tapi Lain Pula Netizen Perasan

Meskipun sudah bercerai sejak 9 Julai lalu, namun netizen gembira melihat hubungan antara Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila yang tetap mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden.

Baru-baru ini, Sharnaaz ada memuat naik video meluahkan rasa teruja dan gembira apabila anaknya berada di rumahnya Ahad lalu. Sharnaaz berkata ini merupakan kali kedua dia membawa Jebat pulang ke rumah.

“Aku nak bagitahu dekat hangpa hari ni Ahad, 7hb. Hari ni anak aku mai duduk dengan aku, actually ni second time dia duduk,” katanya.

Menerusi entri itu lagi, Sharnaz berkata dia mungkin tidak mendapat kebahagiaan rumah tangga, namun diberi nikmat untuk bergelar seorang bapa.

Turut memaparkan video berada dirumah, Sharnaaz mengakui rumahnya hanya biasa saja, namun pelakon itu berkata tidak perlu mewah untuk mencari kebahagiaan.

“Tak semua mendapat kebahagian berumah tangga.. tapi yg pasti jika dikurniakan zuriat, itu satu jenis nikmat Allah bagi pada kita.

“Rumah aku rumah biasa ja, tak perlu kaya untuk bahagia. Kalau kamera goyang biasa la pakai handphone je ya,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mereka dapat melihat wajah Sharnaaz sangat gembira serta mendoakan kebahagiaannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.