Nikita Mirzani Tinggalkan Kekasih Sebab Bav Mvlut Terlalu Bvsuk

Gara-gara mulut kekasih berbau busuk, pelakon Indonesia Nikita Mirzani nekad memutuskan hubungan cinta mereka yang baru mula berputik.

Menerusi laporan Detik Hot, Nikita berkata bau kurang menyenangkan itu menyebabkan dia menjauhkan diri dan enggan meneruskan hubungan tersebut.

“Saya pernah jumpa ya… ini kisah beberapa tahun lalu.

“Bau mulut dia buat saya terganggu, ” katanya menerusi saluran YouTube Crazy Nikmir Real pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nikita mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman serupa dengan seorang pengarah.

Perkara itu membuatkan dia terpaksa mencari jalan mengajak pengarah berkenaan bertemu doktor gigi bagi merawat masalah bau mulut tersebut.

“Dua tahun lalu saya pernah jadi benda sama dengan seorang pengarah. Bau busuk sangat sampai saya terpaksa ajak dia pergi jumpa gigi,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mStar Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.