Shaheizy Sam Mengakv Per4ngai Bvruk Sebelum Kahwin, Syukur Syatilla Melvin Tetap Terima

Genap lima tahun usia perkahwinan, pelakon Shaheizy Sam mengakui isterinya iaitu Syatilla Melvin banyak bersabar melayan kerenahnya sejak mereka mula berkenalan sehinggalah selepas berumah tangga.

Ujar Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad, dia bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri yang penyabar dan penyayang.

Malah Syatilla juga menjadi punca Sam berubah menjadi seorang suami dan bapa yang matang.

“Sebelum berkahwin, saya seorang lelaki yang ego, pentingkan diri sendiri… apa yang saya nak, saya akan dapatkan. Saya ada perangai itu. Kenal Tilla dah lama, dia banyak bersabar dengan saya.

“Ikut sahaja kerenah saya sampailah kami berkahwin. Apabila dah kahwin, lima tahun… lalui banyak fasa. Kadang-kadang saya terfikir, walaupun perangai saya tak berapa elok, Tilla tetap ada bersama saya.

“Saya nampak pengorbanan dia ketika mengandung dan melahirkan dua orang anak kami. Sejak daripada itu, saya semakin matang. Sejujurnya, perkahwinan buat saya banyak berubah,” katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Pelakon filem Polis Evo itu turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima bersama peminat secara maya menerusi saluran YouTube pada malam, Isnin.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Dalam pada itu, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata setiap pasangan yang berumah tangga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Malah pelakon drama Sha & Shah ini bersyukur sudah melepasi lima tahun pertama perkahwinan dan masih bahagia biarpun pernah berdepan dengan ujian.

“Bagi saya dalam perkahwinan memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Saya pernah dengar orang kata lima tahun pertama perkahwinan adalah fasa yang paling teruk.

“Dalam tempoh ini kita kenal pasangan macam mana dan nak buat pilihan untuk masa depan rumah tangga. Saya dan Sam dah kenal 11 tahun. Alhamdulillah, kami dah lepas fasa itu dan tak rasa teruk pun macam orang cakap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

“Setiap rumah tangga ada dugaan yang berbeza begitu juga kami yang tidak terlepas dengan ujian. Tapi Alhamdulillah, tidak seteruk seperti yang orang takut-takutkan itu.

“Paling penting dalam rumah tangga ini adalah komunikasi antara suami isteri. Kita kena ikut cara yang betul dan berkomunikasi dengan pasangan, Insya-Allah tak timbul masalah yang besar,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mStar Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.