“Jaga-jaga Encik Maslan, Lama Dah Sabar Ni” Abby Abadi Tvntut Ganti RM160,000

Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak 2016, pelakon Abby Abadi kini enggan terus berdiam diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160,000.

Jelas Abby, urusan pembelian tanah tersebut dilakukan bersama seorang individu dikenali sebagai Maslan Urmin, namun terpaksa dilupakan buat seketika kerana banyak manipulasi dan penipuan telah berlaku.

Dia yang pada asalnya ingin mendirikan rumah di tanah berkenaan terpaksa melupakan hasrat tersebut apabila terlalu banyak putar belit, namun tidak juga selesai.

Pelakon drama Gerak Khas ini turut memberitahu bahawa ada ramai pembeli turut terpedaya dan menjadi mangsa kepada individu terbabit.

Tambah pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia kini tidak mampu bersabar lagi memandangkan perkara tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.

Dia menjelaskan hanya ingin haknya dikembalikan kerana bersusah payah mencari rezeki bukan untuk ditipu dan diperdaya.

Kredit foto: IG Abby

Abby dalam pada itu turut meminta bantuan netizen mencari dimanakah lokasi individu tersebut. Setakat artikel ini ditulis, difahamkan lelaki berkenaan telah dijumpai hasil bantuan netizen yang menjejaki di mana keberadaan lelaki itu pada ketika ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.