Meriah Sambvt ‘Birthday’ ke-32, Neelofa D4pat Macam2 Hadiah

Hari ini merupakan hari istimewa buat selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa Mohd Noor, dimana dia meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-32.

Mesra disapa Neelofa, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan pengikut media sosial yang telah memberi ucapan bersempena hari jadinya menerusi laman sosial Instagram miliknya.

“Thank you untuk ucapan dan doa semua. Amin ya rabbal alamin,” tulis Neelofa di ruangan IG story.

Selain itu, Neelofa turut berkongsi beberapa video pendek mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi pelbagai hadiah seperti bunga serta kek. Wah! Penuh satu rumah.

Sementara itu, ibunda tercinta Datin Noor Kartini juga tidak ketinggalan mengucapkan ucapan selamat hari lahir selain menitipkan doa buat puteri tersayang melalui sebuah posting.

Doa ibu hadiah terbaik sempena hari lahir

“Selamat hari lahir wahai anakku sayang,” tulis Noor Kartini disusuli untaian doa indah buat anaknya.

Rata-rata pengikut Noor Kartini mengaminkan doanya dan terharu membaca doa daripada seorang ibu khas buat anaknya tersebut selain turut memberi ucapan hari lahir buat Neelofa.

Happy birthday Neelofa

Semoga panjang umur, sihat dan sukses selalu

Aminkan doa!

Sesungguhnya peningkatan usia itu bukanlah penghalang bagi seseorang untuk memperbaiki diri, menuntut ilmu dan mengecapi kejayaan dalam hidupnya. Semoga segala urusan Neelofa dipermudahkan dan sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:OMM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.