“Bini Bvang Tebiat” Bella Astillah Menari TikTok,Ini Reaction Aliff Aziz

Sebagai pasangan suami isteri, pastinya mereka mahu mempunyai ‘me time‘ untuk bersama-sama bagi mengeratkan lagi hubungan tersebut.

Seperti yang kita tahu, penghujung Disember 2020 lalu, penyanyi tinggi lampai dari Singapura, Aliff Aziz kini sudah dapat berkumpul semula bersama dengan isterinya, Bella Astillah dan dua lagi anak mereka di Kuala Lumpur.

Disebabkan hampir setahun berjauhan, pastinya Bella dan Aliff mahukan ruang peribadi untuk mereka berdua, lebih-lebih lagi selepas apa yang terjadi pada rumah tangga mereka sebelum ini.

Bagi menghabiskan masa bersama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Bella sering menghabiskan masa untuk mempromosikan perniagaan miliknya serta membuat video TikTok!

Nampaknya Bella telah berjaya menangkap reaksi muka Aliff ketika beliau sedang melakukan tarian di aplikasi TikTok sehingga membuatkan ramai terhibur!

Mana tidaknya, Bella secara tiba-tiba merakam aksinya sedang menari sehingga membuatkan Aliff tercengang!

Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh warganet berasa terhibur melihat aksi pasangan suami isteri ini.

Malah, sebelum ini Bella turut pernah melakukan perkara yang sama dan ia juga berjaya membuat Aliff terkejut namun masih kekal tersenyum dengan keletah isterinya yang tercinta.

Macam ni rupanya cara untuk dapatkan perhatian si suami ya, take note semua!

Apa pun semoga hubungan Bella dan Aliff akan berkekalan selama-lamanya dan kekal bahagia bersama anak-anak yang tersayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hotfm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.