“Saya Isteri Dia, Ada Perasaan”Isteri Shukri Yahaya Mengakv Cembvru Teng0k Lakonan Syukri

ISTERI pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan mengakui mempunyai perasaan cemburu apabila melihat adegan romantik yang dilakukannya suaminya bersama perempuan lain.

Justeru itu, Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 29, berkata, dia mengelak daripada menonton drama-drama lakonan Shukri yang ditayangkan di televisyen.

“Ya, jujur la ni. Cemburu je sebab saya bukan robot. Manusia biasa je kan, ada perasaan.

“Tapi macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak tengok cerita suami saya. Saya elak je la daripada mata pandangan saya,” katanya.

Tya memberikan kenyataan itu susulan menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan kepadanya menerusi sesi soal jawab di laman Instagram, baru-baru ini.

Tya menjawab pertanyaan pengikutnya di laman Instagram.

“Jujurlah takkan Tya tak cemburu Shukri berlakon sweet pegang dengan perempuan lain?” tanya netizen tersebut.

Tya turut bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa profesional apabila melibatkan hal berkaitan kerjaya dan urusan peribadinya.

Ya, jujur la ni. Cemburu je sebab saya bukan robot. Manusia biasa je kan, ada perasaan.
TYA ADNAN
ISTERI SHUKRI YAHAYA
“Suami saya pun seorang yang profesional. Dia tahu mana kerja, mana kehidupan sebenar. Mana rakan kerja, mana bini.

“Yang anda tengok dekat tv sweet-sweet tu cuba fikir balik belakang tabir tu berapa puluh orang tengok dekat sekeliling,” katanya lagi.

Tya yang sebelum ini juga merupakan seorang pelakon sambilan mendirikan rumah tangga dengan Shukri, 33, pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena, 5, dan Maleeq Miqayl yang kini berusia tujuh bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.