“Cuba Tvnjuk, Cuba Bvkak…”P0lis Si4sat Angg0ta S0al Wanita Tak Pakai Br4 Di SJR

Kecoh di media sosial Twitter mengenai pended4han dua orang wanita yang mend4kwa mereka telah dig4nggu oleh anggota polis yang sedang menjalankan tugas ketika Sekatan Jalan Raya (SJR).

Menerusi laporan BH Online, berikutan itu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyiasat kedua-dua dakwaan tersebut, kata Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.

Kes pertama berlaku di Jalan Duta, Kuala Lumpur mengenai seorang wanita yang ditanya oleh anggota polis sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.

Antara sedutan video dari Instagram m4ngsa,“Cuba tunjuk, cuba bukak…”

W

Kes kedua pula berlaku di Pulau Pinang dimana seorang anggota polis menghubungi wanita yang baru diperiksanya ketika melalui SJR untuk tujuan berkenalan.

“Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada.
“Pada masa yang sama, Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai anggota yang did4kwa mengg4ngu mereka,” katanya.

Selain itu, Zamri juga berkata tindakan tatatertib yang sewajarnya akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit kerana telah mencemarkan imej PDRM.

“Kesal4han seperti dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ia boleh mencem4rkan imej PDRM.
“Saya juga ingin menginginkan bahawa pegawai dan anggota polis yang sedang bertugas perlu bersikap profesional dan tidak membuat sesuatu perkara atau percakapan yang tidak berkaitan tugas rasmi yang sedang dijalankan,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:BH Online (Safeek Affandy Razali) , Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS , Instagram Sabi Yusof

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.