“Tak kena dengan umur..” Che Ta Di Kec4m, Guna IG Aisyah Untuk Sesuatu Yang Tak Sesuai

Sebut sahaja nama Aaisyah Dhia Rana, pasti semua sudah kenal anak kepada pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Teletahnya dan gelagat comel Aaisyah di Instagram sering menjadi tumpuan netizen.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila Rozita Che Wan telah mendapat kecaman daripada netizen gara-gara akaun Instagram anaknya, Aaisyah memuatnaik review produk membesarkan payudara.

Promosi produk besarkan payu dara


Berdasarkan video pendek yang dikongsikan di Instagram Aaisyah Dhia Rana memaparkan seorang wanita berpakaian seksi sedang mempromosikan satu produk membesarkan payudara. Malah, di ruangan kapsyen juga ada tertulis mengenai kebaikan produk tersebut. Perkongsian itu sekaligus telah menimbulkan rasa kurang sedang dalam kalangan netizen.

Malah mereka juga tertanya-tanya mengapa Instagram Aaisyah digunakan untuk mempromosikan barangan orang dewasa sehingga boleh memberikan imej yang buruk kepada anak kecil itu. Mereka menasihati Rozita Che Wan supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan produk ‘paid review’.

Malah, tidak kurang juga ada yang menganggap produk yang dipromosikan itu tidak sesuai dengan usia Aaisyah yang masih kecil. Meskipun begitu, sehingga kini tiada sebarang respon daripada Che Ta berhubung perkongsian tersebut.

‘Tak kena dengan umur’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Aaisyah Dhia Rana

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.