“Dua-Dua Manja, Dah Sedia Ke?” Isteri Hamil, Nazrief Nazri Gement4r Bakal Jadi Bapa

Selepas lebih setahun berkahwin, pelakon Nazrief Nazri, 30, berkongsi berita gembira dia bakal bergelar bapa apabila isterinya Aizatul Akma, 27, kini hamil empat bulan.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri mengakui sedikit gementar untuk menimang cahaya mata sulung, namun bersyukur dengan rezeki itu.

Foto: IG

“Saya sebenarnya berdebar kerana saya anak tunggal, manakala isteri anak bongsu dalam keluarga. Jadi, dua-duanya memang manja dan terfikir betulkah kami sudah sedia bergelar ibu bapa?

“Sewaktu kahwin dulu pun, kami memang rancang dalam setahun itu tak nak dapatkan zuriat dulu. Selepas itu, barulah kami sedia dan syukur rezeki terus sampai,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NAZRIEF NAZRI (@nazrief_nazri)

Pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta ini mengakui, kini dia mahu lebih bekerja-keras dari segi pendapatan bagi menyara keluarga dan tidak bergantung kepada lakonan semata-mata.

“Saya pun sudah perlahankan kerjaya lakonan dan lebih memberi fokus kepada perniagaan pelaburan sekarang ini. Semestinya, tanggungjawab digalas semakin besar apabila memperoleh anak nanti.

“Isteri saya juga ligat mengembangkan perniagaan kosmetiknya. Mengenai jantina bayi, kami sendiri pun tak pasti lagi memandangkan kandungan masih awal,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NAZRIEF NAZRI (@nazrief_nazri)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NAZRIEF NAZRI (@nazrief_nazri)

Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.