Bi4dab! Lakl Bini Kelent0ng Nenek Jual Pinggan Dengan Sampul Tebal ‘K0song’

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi dilalui peniaga wanita warga emas ini apabila ada insan tergamak mengambil kesempatan menipunya.

Kisah pilu ini dikongsikan menerusi TikTok Visbrila yang menceritakan pengalamanya dipertemukan dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama nenek Sariyo yang diduga ketika menjual pinggan mangkuk di kaki lima

Sariyo memaklumkan ketika sedang berniaga, dia didatangi sepasang suami isteri menaiki motosikal yang mahu membeli pinggan mangkuk dijualnya.

Selepas selesai ‘membeli’, pasangan itu menyerahkan satu sampul tebal kepadanya sambil berpesan supaya membuka sampul tersebut selepas mereka beredar kerana mereka kononnya khuatir timbul perasaan iri hati orang sekeliling yang memerhati.

Kredit foto: TikTok Visbrila

Sariyo mengakui agak teruja dan menyangka sampul tebal itu berisi sejumlah wang. Tetapi, sangkaannya meleset selepas dia mendapati isinya hanyalah helaian surat khabar yang telah dikoyak-koyakkan.

Jelas Sariyo lagi, dia sangat sedih dan terkilan kerana ada insan tergamak menipu dan mempermainkan perasaan orang tua.

@vs.brl

becandaan paling galucu 🙂

♬ original sound – Marphina

Sebelum beredar, gadis ini telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada Sariyo.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang tidak menghormati orang tua.

Menurut mereka, jika benar individu tersebut mahu bergurau, ini bukanlah caranya kerana tindakan ini sangat tidak bermoral.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:ohbulan

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.