Pelak0n Syanie Hisham Terkini, Diharap Terus Istiq4mah Bertvdung – “Svami Yang Paling Happy”

Pelak0n dan ahli perni4gaan, Syanie Hisham, kini memilih untuk bertvdung mengenakan tvdung, serentak pada hari pernikahannya dengan Zahril Hafiz Mohammed Nor pada 19 Februari lalu.

Syanie, 47, berkata keputusan tersebut sebenarnya sudah disuarakan kepada suaminya sejak tahun lalu.

“Saya memang ada berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) mengenai keputusan nak bertudung. Dia ada bertanya bila nak ke arah itu.  Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila.

“Cuma saya ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.

“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” katanya.

Dia dan suaminya mengikat tali pertunangan Ogos tahun lalu.

Tambah peserta program Masterchef Selebriti musim kedua itu lagi, dia tekad berbuat demikian bagi menjaga batas dan maruah suaminya.

“Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap menyokong,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syanie menjelaskan, imejnya itu tidak menjadi masalah untuk filem Hantu Kuat Ketawa yang bakal dilakonkannya tidak lama lagi.

“Secara kebetulan dan bagai dipermudahkan, filem kedua arahan Mawi yang menggandingkan saya dengan Saiful Apek itu memang watak bertudung.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syanie Hisham (@syanie_hisham)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syanie Hisham (@syanie_hisham)

“Jadi, saya ‘on’ saja. Insya-Allah penggambaran filem itu akan bermula 27 Februari ini. Saya sendiri teruja kerana filem komedi seram itu akan mengimbas kembali kenangan berlakon dengan Saiful Apek suatu ketika dahulu.

“Daripada zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, saya sebenarnya terlalu rindu untuk kembali beraksi dengan Saiful Apek. Terima kasih Mawi kerana kembali menyatukan kami,” katanya.

Syanie melangsungkan pernikahan buat kali ketiga dan kini bahagia bersama perunding kewangan berusia 41 tahun dan berstatus duda tanpa anak itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) .

Majlis tersebut berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

TEKS BY STAFF KL MENJERIT

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.