“Tvnjuk Gambar Suami S@lah, T4k Tvnjuk Slah,” Datin Alyah

“Tak tunjuk gambar dengan suami, dituduh macam-macam. Apabila muat naik di Instagram, lain pula dicakap. Apa yang netizen nak sebenarnya?” soal penyanyi Datin Alyah mengenai sikap netizen yang menulis di ruangan komen Instagram miliknya.

Alyah berkata, komen berbaur sindiran muncul sejurus dia muat naik hantaran gambar bersama suami, Datuk Ramli MS.

Menurut Alyah yang juga penyanyi lagu Meluruh itu, dia mengambil pendekatan menyekat pengguna akaun berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Tak fahamlah dengan orang yang busuk hati. Saya muat naik detik bahagia, perkongsian dan rasa syukur. Rasanya tak kacau orang pun, tapi masih ada yang masuk Instagram saya bagi ayat sindiran.

“Kalau nak caci, maki dan hina saya di ruangan lain saya memang tak ambil peduli, tapi apabila masuk Instagram saya dan komen dengan ayat sindiran yang anda sendiri tidak tahu cerita dari awal, bermakna anda masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya. Takkan saya nak diam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Saya mesti simbah air panas dengan orang macam ini. Biar dia tahu adab masuk rumah orang,” katanya.

Alyah menjelaskan keterangan gambar ‘I’m not ur bibik anymore, Kita seri bro’ itu merujuk kepada hantaran yang pernah dimuat naik ketika program Gegar Vaganza musim ketujuh berlangsung tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Ramai sangat yang buat spekulasi mengenai kapsyen bibik ni. Kapsyen ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami semasa peringkat separuh akhir GV yang lalu.

“Jadi tak perlulah menokok tambah cerita yang tak ada. Apa yang lepas tu biarlah berlalu,” katanya.

Gambar memaparkan Alyah dan suami berpakaian sedondon warna kuning itu diambil ketika majlis pernikahan anak perempuan Ramli hasil perkahwinan dengan Jennifer Thompson, baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.