“Bukan hak kita untuk menghvkum 0rang” Sampai Ada Doakan Masvk Ner4ka, Ustaz Kazim Nasihat Netizen Jngan Keterlalvan Kec@m Sajat

Sejak kebelakangan ini, nama Muhammad Sajjad menjadi bualan hangat rakyat di Malaysia dan ramai netizen di media sosial menghemburkan kata-kata tidak elok selepas usahawan kosmetik itu dikatakan sudah melampau.

Semua bermula dengan isu Sajat tidak menghadiri prosiding dan didakwa menyembunyikan diri sehingga diburu pegawai JAIS serta video susulan yang mengatakan dia seolah-olah mahu keluar dari ag4ma Isl4m.

Bagaimanapun, pendakwah terkenal Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata tindakan netizen memaki hamun dan mencemuh Sajat di media sosial termasuklah mendoakannya masuk ner4ka, sangat keterlaluan.

Menurut Kosmo, beliau berkata sebagai saudara se-Islam kita semua perlu sayang antara satu sama lain dan mendoakan yang baik agar Sajat diberikan hidayahNya.

Bukanlah hak kita untuk menghukum orang kerana kita adalah dai (pendakwah) yang mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan dakwah.”

Tegurlah dia dengan berhikmah kerana kita juga tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti, hendaknya kita juga diberikan hidayah.”

Lebih baik warga maya menggunakan saluran media sosial untuk perkara yang baik. Jangan pula nanti pihak-pihak lain menuduh Islam sebagai agama ganas dan tiada toleransi disebabkan tindakan sebegini.”

Bukan itu saja, beliau juga sempat berpesan kepada Sajat supaya menghadapi kritikan dengan hati terbuka selain turut menasihati agar usahawan kontroversi itu kembali kepada ditrah dirinya sebagai lelaki bukan wanita atau khunsa.

Sebelum ini, menerusi sebuah video yang viral di media sosial, Sajat telah menyatakan hasratnya secara terbuka bahawa dia mahu keluar dari Islam selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling dan apa yang berlaku kepadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.