Kali Pertama Buat Bek4m, Foto The R0ck Dipenuhi Komen ‘Svnnah Rasulull4h’

Kaedah bekam bukan perkara asing untuk masyarakat di negara ini. Ia menjadi salah satu rawatan alternatif dalam mengubati pelbagai penyakit dengan membabitkan proses membuang darah bertoksik daripada permukaan kulit.

Terbaru, tindakan ahli gusti dan selebriti Amerika Syarikat, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai ‘The Rock’ melakukan rawatan bekam menarik perhatian pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock)

Menerusi sebuah posting, figura yang dikenali sebagai ‘The Rock’ itu berkongsi sekeping gambar ‘mirror selfie’ memaparkan belakang badannya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan tersebut.

“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulisnya.

Malah, pelakon berusia 49 tahun itu mengakui sering mencari pelbagai alternatif baru bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

“Kita hanya memiliki satu badan, jadi kita mesti menjaganya dengan baik,” katanya.

Posting tersebut dihujani komen segelintir umat Islam serata dunia yang menyatakan bahawa bekam adalah amalan sunnah Rasulullah SAW dan sahabat baginda.

Ia sunnah dalam Islam

Teknik perubatan Rasulullah

Bagaimanapun, kaedah tersebut sudah semakin meluas terutama di pusat rawatan kecantikan atau kesihatan tanpa mengira bangsa yang telah mencuba bagi melancarkan peredaran darah serta membuang angin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram The Rock

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.