Nak Jaga Nama Baik Jemaah, Zul Yahya Ambil Keputusan Kelvar Dari T@bligh

Sejak kebelakangan ini, nama bekas pelakon lelaki, Zul Yahya kerap muncul di media sosial. Pelbagai isu dibangkitkan sehingga mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak.

Dari kontroversi memberhentikan persekolahan anak-anak demi mengejar akhirat, isu makanan sunnah dan vaksin serta kelantangannya dalam mengeluarkan pendapat di media sosial menjadikan namanya kembali disebut-sebut.

Sebelum ini, Zul Yahya merupakan jemaah tabligh yang kerap berkongsi aktiviti keluar berdakwah menyebarkan agama Islam di Instagram.

Jangan kaitkan dengan tabligh lagi
Namun, sejak dilanda pelbagai kontroversi ini, dia telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dengan jemaah bagi menjaga kemuliaan tabligh.

Dalam perkongsian tersebut, dia memaklumkan banyak yang dipelajari ketika menyertai jemaah tabligh dan akan terus mengamalkan segala yang diperoleh semasa menjadi sebahagian daripada mereka.

Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada jemaah tersebut dan tiada lagi urusan bersama dengan mereka.

Kesal isu ajak makan makanan sunnah dikecam
Pada posting yang sebelum ini, Zul Yahya seakan kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya berkenaan makanan sunnah.

Dia menyatakan bahawa mengambil vaksin dan belajar sains bukan bermakna perlu menolak sunnah yang telah diamalkan sejak berzaman lagi.

Untuk rekod, Zul Yahya kerap kali memuat naik posting-posting berkenaan isu sensitif seperti vaksin kerana sedikit sebanyak cara penyampaiannya boleh membuatkan orang lain terpengaruh untuk tidak mengambil vaksin.

Hal ini beberapa kali diulas sehingga membuatkan ramai yang salah faham dengan tindakkannya mengeluarkan pendapat di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Zul Yahya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.