“Kasihan Anak-Anak Mereka…” Ibu Syamsul Yusof Pula Ded4h Keadaan Rumah Tangga

Kuala Lumpur: “Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung, cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya.”

Itu penjelasan ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail mengenai situasi rumah tangga anaknya bersama menantu, yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi temu bual dalam program Melodi hari ini, Fatimah turut menasihatkan individu yang meng.ganggu rumah tangga anaknya supaya bertaubat.

“Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaubatlah.

“Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu d0sa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka,” katanya.

Fatimah berkata, individu itu sendiri tahu siapa diri mereka.

“Saya rasa, mereka tahu mereka itu siapa. Kadang terfikir juga, orang yang kita layan ini betul atau tak betul. Rasanya, buang masa melayan orang begini yang tak ada maruah diri,” katanya.

Fatimah juga meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan keluarga anak dan menantunya itu.

“Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak baik kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima balasannya,” katanya.

Sarah yang turut berada dalam sesi temu bual sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Kami dalam fasa berbaik seperti mana yang dilihat di Instagram kami. Syamsul kerap datang ke rumah untuk melihat saya dan anak-anak.

“Syukur, alhamdulillah. Ini semua adalah atas doa keluarga dan netizen yang sentiasa mendoakan agar kami berbaik semula,” katanya.

Sarah juga tidak menafikan bahawa perpisahan sementara dengan suaminya itu adalah waktu terbaik untuk mereka bermuhasabah diri.

“Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan semua. Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya.

“Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak.

“Tipulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)


Terbaharu, Sarah bakal muncul menerusi drama bersiri Sabarlah Duhai Hati yang akan mengisi slot Akasia sepanjang Ramadan ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hmetro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.