“Jenab Munah Nak Kna Svmbat Dlam T0ng Tak?? Netizen Sel4r Nama Resepi Maria Tunku Sabri

Jika sebelum ini, Maria Tunku Sabri menerusi laman Instagram diselar pengikutnya apabila menamakan menu masakan ‘Ikan Siakap 3 Rasa Terkesan Anggota PGA Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’.

Terbaru, pengacara tersebut sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia menamakan resepi sayur campur dengan nama ‘Sayur Campur Special Sedih Kes Suami Tembak Isteri Sumbat Dalam Tong’.

Baik korang fikir sebelum kahwin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm)

Leha Timah Jeton Jenab Temah Munah nak kena sumbat dalam tong tak? Baik korang fikir masak masak sebelum kahwin dengan lelaki kuat cemburu tau. Jom masak Sayur Campur Special ni lah jom.

Menerusi video masakan tersebut, Maria dipercayai mengaitkan nama resepinya dengan kes yang baru berlaku beberapa hari yang lalu. Susulan daripada itu, segelintir netizen mendakwa pengacara tersebut tidak sensitif dalam pemilihan nama resepinya itu.

Tak kelakar

Tak kelakar mempermainkan orang yang telah meninggal dunia. Macam tak sensitif langsung dan tak ada common sense buat nama menu macam tu. Mungkin ini cara orang zaman sekarang menghasilkan content yang bodoh dan minta dikecam oleh netizen. Dah banyak kali juga buat tajuk macam ni. Tak faham langsung.

Kenapa masih ada yang seronok baca nama menu macam ni. Dulu dia pernah minta maaf lepas buat macam ni juga. Ni masih buat lagi perkara yang sama.

Rata-rata netizen mendakwa Maria tidak sensitif dengan isu yang telah berlaku. Tambah netizen, kontroversi sebegini bukan pertama kali terjadi bahkan, pengacara tersebut pernah memohon maaf mengenai isu yang sama sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pengacara tersebut telah menukar nama resepi tersebut selepas menerima teguran daripada orang ramai. Malah, netizen turut berharap agar Maria akan lebih peka serta tidak mengulangi kesilapan yang sama  dalam memberikan nama masakannya selepas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Maria Tunku Sabri

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.