Makin Cantik..Miera Leyana Mengldam Nak Buah-Buahan Import

Usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan, pelakon Miera Leyana berkongsikan dia tidak mengalami sebarang alahan.

Miera turut meluahkan rasa syukur pengalaman hamil anak pertama dipermudahkan, namun suaminya lebih risau berbanding dirinya.

“Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan atau muntah-muntah. Sepanjang proses kehamilan ini, semuanya dipermudahkan.

“Suami pun banyak membantu saya. Berbanding saya sendiri, dia nampaknya lebih risau, terutamanya dalam soal pemakanan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Miera berkata dia ada mengidam makanan yang sukar diperolehi seperti buah-buahan import yang dijual dengan harga agak mahal.

“Saya suka buah-buahan unik seperti strawberi Jepun yang besar-besar, epal tenis dan buah-buahan import yang harganya memang tak masuk akal,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai jantina anak, Miera berkata dia dan suami memilih untuk menantikan kejutan pada hari bersalin nanti dijangka Mei depan.

“Setakat ini, saya dan suami tak nak tahu lagi jantina bayi sehingga hari kelahiran. Kami nak rasa kejutan bila dapat tahu di hospital nanti.

“Apa pun jantina bayi kami, kami sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki dengan agak cepat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Miera mendirikan rumah tangga dengan Rosland Othman yang juga seorang ahli perniagaan pada Julai tahun lalu selepas berkenalan pada 2016.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:R0tikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.