Hubvngan Kervh Sejak Sekian Lama, Mentua D@kwa Hannah Delisha Kerap Men4ngis Mahu Berbaik Dengan Ibu Kand0ng

KISAH di sebalik perkahwinan rahsia pelakon Hannah Delisha dilihat semakin rumit apabila dia dikatakan pula sedang berdepan masalah dalam keluarga sendiri.

Maklumat itu didedahkan ibu mentuanya, Mariana Yati yang melahirkan rasa simpati dengan nasib menimpa menantu kesayangannya itu.

Dakwa Mariana yang juga pelakon Singapura, hubungan Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, dengan ibu kandungnya keruh sejak sekian lama.

“Hannah itu budak baik. Kasihan saya tengok dia, setiap hari Hannah menangis dan sentiasa berdoa agar hubungannya dan ibu akan kembali baik seperti dulu.

Hannah (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama keluarga suaminya, Imam Shah.

“Bagi saya sebagai seorang ibu, anak kami dah pun selamat disatukan, doa yang baik-baik sahaja sudahlah. Saya memang tidak akan buat apa yang dia (mak Hannah) buat (tidak merestui perkahwinan anak).

“Siapa kita nak menolak takdir dan ketentuan serta jodoh daripada Allah SWT,” katanya yang memberi kenyataan dari Singapura ketika dihubungi mStar.

Dakwaan yang dibuat Mariana itu seolah-olah mengukuhkan lagi spekulasi kononnya ibu kandung Hannah iaitu Noor Ashikin Ahmad tidak merestui perkahwinan anaknya dengan Imam Shah, 32, selepas wanita itu meluahkan isi hati dalam bentuk puisi melalui laman sosialnya.

Kasihan saya tengok dia, setiap hari Hannah menangis dan sentiasa berdoa agar hubungannya dan ibu akan kembali baik seperti dulu.
MARIANA YATI
IBU IMAM SHAH

Bercerita lanjut mengenai perkahwinan Hannah dan Imam, Mariana berkata ia diadakan atas kehendak pasangan itu sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Sampai hati dia (Noor Ashikin) cakap macam itu (isu restu ibu), ini semua kerja Tuhan yang dah tentukan jodoh anak dia dengan siapa.

“Hannah kahwin pun memang tiada paksaan daripada saya atau Imam,” katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai tarikh sebenar perkahwinan pasangan itu, Mariana bagaimanapun meminta tidak didedahkan.

Hubungan Hannah dan ibunya diddakwa berdepan masalah.

Bagaimanapun, dia mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga anak dan menantunya itu.

“Ini hal mereka, sebaiknya biar Hannah dan Imam yang beri kenyataan sendiri, saya minta maaf tak dapat ulas mengenai perkara ini,” katanya.

Terdahulu mStar membongkar mengenai kekeliruan tarikh sebenar kedua-dua pasangan itu dinikahkan selepas Mariana berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis berkenaan.

Gambar Eleena Sui yang dikesan menjadi pertikaian mengenai tarikh sebenar Hannah dan Imam bernikah.

Foto pelakon dan pengacara Eleena Sui yang merupakan salah seorang tetamu majlis itu menjadi punca timbulnya persoalan mengenai percanggahan tarikh berkenaan.

Hasil carian mStar di Instagram mendapati pada 19 Februari 2020 Eleena pernah berkongsi gambarnya dalam persalinan yang sama dan kelihatan seolah-olah duduk di kerusi pelamin mirip majlis pernikahan Hannah.

Menerusi gambar berkenaan Eleena kelihatan berbadan langsing, berbeza dengan penampilan terbaharunya sejak awal Februari lalu yang sedang sarat mengandung anak pertama iaitu pada bulan ketika Hannah dan Imam Shah berkongsi foto pada 18 Februari 2021 dengan penampilan berpakaian nikah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.