“Comel Nau Dia Punya Tak0t Tu”Gelagat Risteena Munim Di Swab Test Sampai Terket4r Ket4r

Bakal melangsungkan pernikahan pada 12 Mac 2021 iaitu pada Jumaat ini, pastinya banyak persiapan sudah hampir selesai buat pasangan Risteena Munim dan tunangnya, Isa Khan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)


Namun, sebelum majlis berlangsung, mereka perlu menjalani ujian saringan bagi memastikan bebas daripada sebarang penularan wabak.

Swab test sebelum nikah

Jadi, menerusi Instagram mereka, masing-masing telah memuat naik video melakukan ujian saringan tersebut dan keputusan adalah negatif.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi Risteena ketika melakukan ujian saringan tersebut yang seolah-olah menahan begitu sakit setelah hidungnya dicucuk alat saringan.

Sampai terketar2

Dalam video berkenaan, pelakon berusia 32 tahun itu memaklumkan dia berasa sangat takut kerana menjangkakan saringan terbabit sangat sakit.

Lebih memburukkan midsetnya adalah ketika diberitahu perlu menjalani ujian saringan itut jika mahu bernikah sehingga badannya terketar-ketar!

“Bila dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kawen kan 😜 I did it!” tulis Risteena.

Berharap semua berjalan lancar

Selain daripada Risteena, bakal suaminya, Isa Khan juga telah memuat naik video melakukan ujian saringan tersebut di Instagram.

Dalam kapsyen yang disertakan dengan video itu, dia berharap supaya urusan mereka pada Jumaat nanti dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Faham rasa tu macam mana hahaha
Menjengah ke ruangan komen di media sosial Risteena, ramai yang mendoakan agar pernikahan mereka nanti dilancarkan kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Ada juga yang sempat meninggalkan komen menzahirkan rasa kasihan melihat pelakon itu dalam kesakitan setelah hidungnya dicucuk untuk tujuan saringan.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Risteena Munim

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.