Komen Lvcah Di IG Elizabeth Tan, PU Rahmat Tegur Suami 0rang “Wanlta Bvkan Objek Pemvas Nafsv Tetapi…”

Pecetus Ummah (PU) Rahmat menegur kaum lelaki terutama berstatus suami dan bapa untuk tidak memberikan komen berbaur lucah di Instagram (IG) penyanyi Elizabeth Tan.

Menurut PU Rahmat komen yang diberikan rata-ratanya melampaui batas dan tidak menghormati kaum wanita.

“Sudah melampau kiranya saya lihat komentar lelaki muslim di Page Saudari Elizabeth Tan. Lebih parah ada kalangan memberi komentar lucah daripada kalangan suami orang berpangkat seorang ayah.

“Wahai suami, labuhkanlah pandangan mata daripada memandang aurat selain daripada isteri anda yang halal.

“Sukakah kita anak perempuan kita kelak diberi komentar lucah?,” nasihatnya.

Pendakwah bebas tersebut berkongsi pandangannya di akaun IG miliknya.

Terdahulu satu rakaman video penyanyi Knock Knock itu di IG telah mendapat perhatian pengikutnya. Video tersebut yang menunjukkan bakatnya melipat kaki sehingga terkangkang telah mengundang pelbagai komen lucah dari pengikut lelaki.

Kata PU Rahmat lagi, dia tiada hak untuk menegur Elizabeth yang semestinya bukan beragama Islam, namun pendakwah tersebut meminta agar penyanyi itu cuba mengelak dari memuat naik posting yang mengundang komen lucah daripada lelaki.

“Saudari Elizabeth Tan, saya tiada hak untuk menasihati anda tetapi saya percaya awak tidak berniat buruk dalam setiap posting.

“Hanya jika dapat kurangkan posting yang menjemput komentar daripada lelaki bermata miang itu lebih baik,” katanya lagi.

PU Rahmat juga mengingatkan tentang martabat tinggi seorang wanita di dalam Islam.

“Wanita itu terlalu mahal harganya dan tinggi martabat. Wanita bukanlah objek nafsu tetapi wanita adalah lambang kekuatan dan keindahan yang beradab susila. Selamat Hari Wanita,” jelasnya.

Nasihat yang diberikan PU Rahmat itu telah diterima baik serta disokong oleh pengikut laman sosialnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.