“Mak Kau Tak Aj4r Dari Kecik Ke?” Tony Eusoff Sel@r Geng ‘St1m’ Dengan Modes

Nampaknya, sambutan Hari Wanita Sedunia juga disambut segelintir masyarakat yang kurang cerdik.

Baru-baru ini, pelakon Tony Eusoff menyelar sikap sebuah laman kumpulan politik di Facebook yang menganggap tuala wanita sebagai sesuatu yang memalukan.

Teguran aktor berusia 43 tahun ini susulan dakwaan kumpulan itu mengkritik program Wanita Keadilan Johor yang mengagihkan tuala wanita kepada orang ramai di tepi jalan.

Rata-rata netizen mengutuk dakwaan kumpulan berkenaan yang seolah-olah tiada modal untuk mencari kesalahan orang lain.

Untuk info, sempena meraikan Hari Wanita Sedunia, Wanita Keadilan Johor mengadakan program menyantuni masyarakat Parlimen Tebrau dan juga Dun Putri Wangsa. Bukan sekadar menjalankan program menyantuni masyarakat setempat, malah mereka juga sempat memberi bantuan berterusan kepada golongan terpinggir, golongan asnaf tegar bandar, ibu tunggal dan juga OKU.

Kredit foto: Twitter

Menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di Facebook Wanita Keadilan Johor, mereka juga mengagihkan tuala wanita dan barang keperluan yang lain kepada orang ramai bermula 6 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.