‘M@yat’ Disahkan Menlnggal Dvnia Bangun Sebelum Dibed4h Si4sat

Seorang pemuda dari Mahalingapur, India yang disangka sudah meninggal dunia selepas terbabit kemalangan rupa-rupanya masih hidup.

Apa yang mengejutkan, dia hanya diketahui belum meninggal dunia sebelum bedah siasat dijalankan di bilik mayat.

Times of India (TOI) melaporkan Shankar Shanmukh Gombi, 27, sebelum itu parah selepas terbabit dalam kemalangan pada Sabtu lalu.

Shankar dibawa ke hospital swasta dekat Belagavi untuk mendapatkan rawatan.

Doktor bagaimanapun menanggalkan alat bantuan pernafasan yang digunakan pada mangsa kerana menjangkakan lelaki itu akan meninggal dunia.

Seorang ahli ahli keluarga yang tidak didedahkan namanya berkata, Shankar kemudiannya dibawa pula menaiki ambulans ke sebuah hospital kerajaan di Mahalingapur.

“Kakitangan hospital mengesahkan Shankar sudah meninggal dunia dan menghantar ‘mayatnya’ ke bilik bedah siasat.

“Namun, seorang pegawai kanan di bilik bedah siasat mendapati ada pergerakan pada mayat ‘lelaki’ itu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.