“Bvkan Nak Raih Simp4ti, Tapi Anxlety Att4ck Is Real!” – Aril Pilus

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus meluahkan perasaannya selepas terkena serangan panik (anxiety attzck) sejak beberapa bulan lalu.

Aril ketika dihubungi Gempak berkata, tujuan dia membuat luahan bukan untuk meraih simpati atau mengugut, tetapi ia sebagai penguat semangat dan pengajaran kepada orang lain.

Kredit foto: IG Aril

“Saya tulis begitu di ruagan story laman Facebook sebab nak bagitahu yang anxiety attack ni bukan benda main-main.

“Dalam satu-satu masa otak saya berfikir terlalu banyak benda. Tiba-tiba rasa sesak nafas, dada sempit, adrenalin dan jantung laju.. Rasa macam malaikat maut datang nak cabut nyawa masa tu jugak.

“Saya sendiri tak pasti apa yang saya fikirkan tetapi yang nyata, haruslah mengenai apa yang sedang saya hadapi sekarang,” katanya.

Menurut Aril, sepanjang hidupnya dia tidak pernah terfikir akan terkena penyakit serangan panik.

“Saya pergi joggiing untuk alihkan perhatian saya daripada berfikir benda yang bukan-bukan. Saya sudah bertemu dengan doktor dan mendapatkan kaunseling serta khidmat nasihat.

“Doktor berikan saya ubat dan menasihatkan supaya menjalani gaya hidup sihat dan berfikiran positif. Insya-Allah, secara perlahan-lahan saya boleh mengatasi dan mengawalnya kerana saya tidak mahu anxiety attack ini menjadi lebih teruk.

“Saya berserah kepada Allah dan ikhtiar apa yang mampu. Saya percaya Allah tidak akan menguji hambanya melainkan hamba itu mampu mengatasinya,” katanya positif.

Dalam pada itu, Aril berpesan kepada mereka yang mengalami tekanan dan mendapat serangan panik tidak malu untuk bertemu doktor.

Kredit foto: IG Story Aril

“Jumpalah doktor secepat mungkin sebab anxiety attack is real! Selain itu, berdoalah dan mohon kekuatan daripada Allah SWT.

“Lakukan aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda daripada terus berfikir perkara yang tidak perlu, kita elak selagi mampu elak.

“Lagi pula dalam keadaan sekaran ini, ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19..Hilang kerja, hilang pendapatan tak mustahil akan terkena anxiety attack,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.