First Time Bawa Watak Artis Kayu, Suara Sengau Nabila Huda Buat Kru Berdekah

Bukan mudah untuk berlakon sesebuah drama, lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan babak kelakar. Mana tidaknya, terkadang riak wajah pelakon perlu maintain bersahaja walaupun skrip mereka agak melucukan. Ini adalah antara cabaran-cabaran yang perlu dilalui sebagai seorang pelakon.

Pelakon semua ‘masuk air’…Nabila konon nak tunjuk bakat tersembunyi sampai keluar sengau

Terbaru menerusi satu perkongsian di Instagram, Nabila Huda telah pun bergandingan dengan Syafiq Kyle untuk sebuah drama bersiri. Nabila yang pertama kali memegang watak sebagai seorang artis kayu gigih ingin menunjukkan bakat tersembunyinya sehingga mengeluarkan suara sengau. Malah aksinya dilihat seakan-akan penyanyi yang sangat berkebolehan.

Aksi spontan Nabila buat Syafiq terduduk tak tahan gelak…Kru pun riuh rendah ketawa

Aksi spontan Nabila itu membuatkan Syafiq terpaksa menahan gelak sehingga akhirnya terduduk di lantai sebelum sempat menghabiskan scene tersebut. Bukan itu sahaja, turut kedengaran suara barisan kru yang terlibat tidak dapat mengawal ketawa mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Nak pengsan dengar suara Nabila yang begitu talented sekali…Kuat betul Syafiq tahan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan artis turut sama terhibur melihat aksi pelakon berkenaan sewaktu penggambaran tersebut. Dalam pada itu, mereka turut memuji usaha keras Nabila bersama Syafiq daripada ketawa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Nabila Huda

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.