Peniaga Bvka Pelitup Muka Sebab Tiada Pelanggan, Tapi Kena K0mpaun Pula

Baru-baru ini, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor ada mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis menjual seragam sekolah meskipun tiada pelanggan pada ketika itu.

Menurut pemilik premis, Hong Chee Sheng, 52, tiada seorang pun pelanggan berada di dalam kedai semasa pemeriksaan dibuat di premis mereka yang terletak di Taman Johor Jaya.

Pada ketika itu, dia yang berada di kaunter menanggalkan pelitup muka kerana tiada pelanggan yang perlu dilayan. Manakala isterinya, Yong Chan Chin, 48, sedang menikmati minuman di bahagian belakang premis dengan tidak memakai pelitup muka.

Sumber: Metro

Chee Sheng berasa pelik kerana dia dan isteri dikenakan kompaun RM1,000 meskipun mereka tidak melanggar apa-apa kesalahan pada ketika itu.

“Saya sedar ada lelaki mengambil video dari luar premis dan tidak lama kemudian mereka cakap dengan kuat sebagai penguat kuasa mahu memberi kompaun kerana tidak memakai pelitup muka,” kata Chee Sheng.

Jelas pemilik premis ini, jumlah kompaun yang dikenakan adalah besar buat mereka yang berniaga lagi-lagi keadaan ekonomi yang teruk pada ketika ini.

“Saya tidak boleh tidur malam beberapa hari memikirkan apa kesalahan kami. Sedangkan semasa kompaun diberikan tiada pelanggan di dalam kedai. Jumlah itu besar bagi kami yang berniaga kerana keadaan ekonomi juga teruk ketika ini”

Isu ini mendapat perhatian Ketua Bahagian MCA Pasir Gudang, Tan Tuan Peng yang berpendapat mereka sepatutnya memberi nasihat kerana tiada pelanggan di dalam premis pada ketika itu.

Sementara itu, KPDNHEP negeri Johor dalam satu kenyataan balas berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu kompaun yang dikeluarkan pihak penguat kuasanya terhadap peniaga terbabit

“Pihak kami memperoleh laporan kompaun yang dirujuk dan sedang meneliti asas tindakan yang dikenakan keatas peniaga terbabit. Sekiranya didapati terdapat asas kompaun tidak disepatutnya dikenakan, KPDNHEP akan merujuk perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan syor supaya kompaun terbabit dipertimbangkan semula,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.