“Tahniah Uyaina Arshad, Nikah Ke Tunang?” – Netizen

Tindakan pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad memuat naik sebuah posting di Instagram yang mengenakan busana serba putih bak pengantin baharu dihujani ucapan tahniah warganet.

Menerusi posting berkenaan, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu hanya menulis kapsyen ringkas yang mengucapkan syukur ‘alhamdulillah’.

Alhamdulillah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)


Berikutan itu, posting berkenaan mengundang persoalan dalam pengikut pengacara Wanita Hari Ini (WHI) tersebut, adakah Uyaina telah selamat mendirikan rumah tangga atau sekadar gimik semata-mata?

Rata-rata terkejut namun menitipkan ucapan tahniah selain memuji kecantikan pelakon berusia 29 tahun itu yang terserlah kejelitaan dalam busana berkenaan.

Sampai hati tak jemput

Alhamdulillah

Cantiknya! Tahniah

Serius la dah nikah?

Bagaimanapun jangan salah sangka, difahamkan Uyaina sedang melakukan penggambaraan drama berjudul Love Elsa yang membawa watak sebagai Ammara bergandingan bersama Zul Ariffin.

Terdahulu, Uyaina mengesahkan dia sudah dirisik keluarga kekasihnya Raja Syahiran pada November tahun lalu dan masih dalam proses untuk membawa hubungan ke peringkat seterus­nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Instagram Uyaina Arshad

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.