“Cef Wan Masih Trauma”Serina Nak Kahwin Sebelum Raya!

Menerusi perkongsian terbaru di Instagramnya, cef selebriti Chef Wan mendedahkan dirinya masih trauma dengan insiden perkahwinan menimpa anaknya.

Datuk Redzuawan Ismail membuat luahan itu selepas Serina meminta izin untuk menamatkan zaman solonya.

Dedah Cef Wan, Serina memberitahu bahawa dia sudah bertemu ‘Mr Right’ dan mahu berkahwin sebelum raya tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Nak kahwin dengan keluarga berprofil tinggi ni bukan kaya pun tapi famous, semua benda orang nak tahu.

“Saya dah tahu dari hari pertama bekas menantu memang bangs*t sebab nak lepaskan Serina malam nikah.

“Saya sedih sebab tahu jodoh dia (Serina) tak panjang. (Tapi) dia nak sangat!” luahnya di Instagram.

Bagaimanapun, selepas bertemu calon menantunya itu, Cef Wan dapat rasakan dia merupakan seorang lelaki baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Namun, dia tetap menasihatkan mereka supaya tidak terburu-buru membuat keputusan memandangkan kedua-dua mereka pernah gagal dalam alam perkahwinan sebelum ini.

“Sabar dulu kalau nak kahwin pun, ambil masa untuk mengenali antara satu sama lain. Zaman kini anak muda kahwin macam orang putih, tak suka cerai macam tukar pakaian isteri tu,” ujarnya.

Kata Cef Wan, ibu bapa yang akan menanggung segala drama dan malu. Sebab itulah dia sangat tidak bersetuju sekiranya Serina ingin berkahwin sebelum raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Ambil masa kenal hati budi masing-masing, jangan sampai pisang berbuah dua kali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.