“Nasi minyak tak lama lagi”Netizen Teka Athisha Khan Bakal Kahwin?

Selebriti terkenal Neelofa, memang cukup dikenali ramai. Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang tahu. Bukan itu sahaja, keluarganya turut terkena tempias wanita jelita berumur 31 tahun itu apabila mereka juga sering meraih perhatian umum.

Selain Noor Nabila dan Ameera Khan, adiknya yang bernama Nur Athisha merupakan antara individu yang mencuri tumpuan ramai.

Baru-baru ini, pemilik nama Nur Athisha Khan itu ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya. Gambar berkenaan mempamerkan gadis berusia 23 tahun itu kelihatan cantik mengenakan busana berwarna putih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)


“Say hi to your bride @haiqool4,” tulisnya pada kapsyen.
Kapsyen berkenaan menyebabkan netizen berpendapat bahawa adik kepada pengasas tudung Naelofar itu bakal berkahwin bersama pilihan hati, Haiqal tidak lama lagi.

Justeru itu, mereka membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta tidak sabar untuk menyaksikan perkahwinan mereka nanti.

Nasi minyak tak lama lagi

Tahniah Athisha! Semoga urusan dipermudahkan

Bagaimanapun, Athisha membalas salah satu komen di gambarnya tersebut menyatakan kapsyen berkenaan dipilih kerana ia berbunyi ‘comel’.

Bukan bermaksud dia mahu berkahwin dalam masa terdekat. Namun begitu, dia tetap meminta orang ramai mendoakan hubungannya bersama kekasih hati.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Instagram Athisha Khan

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.