Persis Wan1ta Hindustan, Penampilan Izara Aishah Di Rumah Dato’ Rizalman Dipuji Peminat

Sekali pandang ingatkan potret yang digantung di dinding, rupa-rupanya pelakon Izara Aishah yang penampilannya saling tak tumpah seperti pelakon Hindustan!

Izara yang sememangnya mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan kelihatan sangat cantik ketika berada di teratak Dato’ Rizalman.

Sekali pandang, ibu kepada seorang cahaya mata itu nampak seperti patung dan pakaian yang digayakan olehnya turut menampakkan asal usul keluarganya.

Posting Izara di laman Instagram miliknya turut mendapat perhatian ramai apabila para peminatnya turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh menantu Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu.

Foto tersebut diambil selepas Izara selesai penggambaran bersama dengan Dato’ Rizalman di kediaman pereka fesyen tersebut.

Tidak dinafikan, Izara sememangnya salah seorang selebriti berdarah campur yang cantik ditambah pula beliau turut merupakan penggemar filem dan lagu Hindustan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Izara Aishah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.