“Mak Datuk Seri, Ank Macam 0rang Kampung..” – Cik B ‘m4lu’ Sering Dikec4m

Anak kepada usahawan Dato’ Seri Vida, Cik B mengakui bahawa dia sedar ramai netizen yang suka mengecam dan mengkritik penampilan dirinya selama ini.

Menerusi temubual dalam segmen Gempak, Lancang Bethol, remaja berusia 16 tahun itu meluahkan perasaannya mengenai segala kecaman dan kritikan yang diterima daripada netizen.

Menurut bintang Muzikal Lawak Superstar 2 itu, dia tidak kisah jika komen negatif tersebut ditujukan kepada dirinya namun dia bimbang tentang penerimaan ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Saya malulah kalau kena kecam ni, bukan malu dekat diri sendiri tetapi rasa malu kalau mak saya tengok. 
“Rasa macam kesian la kalau mak saya tengok komen orang cakap pasal saya. Apa perasaan sebagai mama jadi mak saya?
“Mak saya mestilah dia akan terasa hati sebab saya ini anak dia,” luahnya.

Bukan itu sahaja, Cik B memberitahu bahawa dia berasa malu bila dikecam, lebih-lebih lagi jika ibunya mengetahui tentang perkara itu.

Selain itu, Cik B mendoakan ‘haters’ dan orang-orang yang sering mengecam dirinya agar berjaya dalam hidup dan tidak membenci dirinya lagi.

“Saya pun tak tahulah apa silap saya, untuk anda tak suka saya. Tapi saya harap korang semua berjaya dalam hidup dan takde rasa benci terhadap saya. Kalau tak boleh berhenti, cuba berhenti perlahan-lahan,” jelasnya lagi.

Moga Cik B kuat hadapi segala ujian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu.

Dalam pada itu, mereka turut menyifatkan Cik B sebagai seorang yang matang dari segi cara percakapannya.

Pemikiran dan kebolehan Cik B luar biasa

Cik B matang dari usianya

Bahasa pun bagus

Cik B menempa populariti dalam dunia hiburan apabila sering menghasilkan video-video kreatif hingga berjaya memiliki peminat tersendiri di laman sosial Instagram miliknya, @cikb_havoc66.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.