Mila Jirin Mengg1gil Lihat Instagram Nonny – “Ramai Sayang Mu Non”

“Saya ingat Instagram Nonny kena godam, tapi apabila Nonny cakap itu adalah dia, luluh hati saya. Rasa macam nak ke Sabah semalam juga jumpa dia dan dengar apa masalahnya. Saya tahu dia sangat baik, anak yang baik.”

Itu kata penyanyi, Mila Jirin juga sahabat baik Nonny Nadirah mengenai penampilan terbaharu penyanyi dan pelakon itu yang didakwa sudah membuka tudung.

Kredit foto: IG Mila

Mila berkata, dia masih berharap Nonny terus mempertahankan hidayah diberikan Allah selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Januari 2019.

“Semalam saya menggigil lihat Instagram Nonny. Saya terus menghubunginya. Alhamdulillah, dapat bercakap dengan dia sekejap. Saya sedih kenapa saya tak boleh ada di sisinya untuk dengar semua keluh kesahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)


“Saya mohon jangan buat perkara yang bercanggah dari perintah Allah. Nonny, jangan persiakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah. Saya mohon, lawan godaan syaitan. Ramai sayangkan dia. Selepas bercakap dengan dia, Heliza Helmi menghubungi saya. Kami berdua sangat sedih. Jika dia sangat sayang persahabatan ini, saya minta, saya mohon, jangan siakan hidayah yang sudah Allah hadiahkan,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Mila turut menitipkan nukilan buat Nonny serta video kenangan mereka ketika berada di Makkah dan Madinah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)


“Terakhir kali, ku mohon Non dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia. Ramai yang sayang mu Non. Allah sayang mu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.