“Rindu Kemunculan Juliana Banos”Wajah Terkini Julia Banos Jadi Perhatian

Sejak mendirikan rumahtangga bersama usahawan Datuk Mokhtar Ahmad pada 16 Disember 2005,pelakon dan penyanyi Datin Juliana Banos mula memperlahankan karier seni nya bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

15 Tahun Masih Jadi Sebutan

Kali terakhir Juliana terbabit dalam drama mahupun filem juga sekitar tahun 2005 yang mana filem Pontianak Menjerit dan album Mutiara Jun merupakan karya terakhir Juliana sebelum berehat untuk jangka masa yang panjang.

Kini selepas 15 tahun, nama pelantun Yang Mana Satu ini kembali menjadi sebutan oleh peminat-peminat di media sosial.

Juliana Banos merupakan bekas artis yang pernah bernaung di bawah KRU. Juliana Banos merupakan penyanyi popular yang mana lagunya pernah menjadi hit suatu masa dulu.

Antara lagunya yang popular ialah Cinta Gila, Sayang, Tiap Detik dan lagu duet bersama Indigo berjudul Sehidup Semati.

Juliana Banos juga pernah berlakon dan antara filemnya ialah Gila-gila Pengantin dan Gerak Khas The Movie Bahagian 2.

Beliau juga merupakan peserta yang berjaya mengalahkan Rita Rudaini di dalam pertandingan Dewi Remaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.