“Dikata Pel4t Dan S3ksi”Amelia Handerson Tak Peduli Dengan Mvlut 0rang

Pelakon dan pengacara, Amelia Handerson, enggan terus ambil peduli dengan persoalan seksi dan pelat yang sering dikaitkan dengannya sejak dari dahulu lagi.

Amelia, 26, berkata dia sentiasa menyedari bahawa dua perkara itu takkan pernah jauh daripada dirinya kerana ‘label’ itu sudah sinonim agak lama.

“Saya memang tak peduli sangat apa yang orang nak kata mengenai saya, terutama membabitkan dua perkara iaitu pelat dan seksi sebab memang takkan pernah jauh dari dalam diri.

“Ia sudah sangat biasa pun. Jadi, kalau masih ramai lagi yang rasa saya tetap seksi. Terima kasih,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas tahap penguasaan bahasa Melayu, Amelia berkata dia sudah semakin fasih. Malah, katanya ia tidak perlu terus dipersoalkan atau menjadi tanda tanya.

“Kadang-kadang, saya sebenarnya rasa tak puas hati juga apabila sering ditanya mengenai pelat bahasa Melayu ini. Bagi saya, tahap percakapan ketika ini sudah makin baik dan fasih.

“Ditambah lagi, saya pun sudah banyak berlakon drama Melayu. Bahkan, sebenarnya ketika di belakang tabir pun saya selalu belajar betulkan sebutan bahasa Melayu.

“Apapun, sekarang pelat sebutan rasanya sudah tak ada sebab saya kini terima banyak juga projek berlakon yang skrip dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Jadi, saya sendiri yakin sudah fasih,” katanya.

Amelia yang sebelum ini dilihat banyak juga membintangi drama air mata, bagaimanapun muncul dengan drama Romantika 4 Hari 3 Malam di TV3, baru-baru ini.

Kredit foto: IG Amelia

Melakonkan watak seorang wartawan majalah, Amelia berkata untuk merealisasikan karekter itu wajar untuk dia fasih dan faham dengan bahasa Melayu. Apapun, katanya dia sudah membuat terbaik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝕬𝕸𝕰𝕷𝕴𝕬 (@ameliath)


Amelia menceburi bidang seni sejak berusia setahun dengan berlakon iklan TV. Ketika usianya 12 tahun, dia aktif dalam teater menerusi pementasan The King and I serta Peter Pan di Istana Budaya (IB) pada 2007.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.