Dua Remaja Perempvan Ditvduh Bunvh Penghantar Makanan Warga Pakistan

WASHINGTON: Dua remaja perempuan berusia 13 dan 15 tahun didakwa atas pertvduhan membvnuh secara kej4m seorang penghantar makanan warga Pakistan dalam cubaan meny4mun menggunakan p1stol pegun, di Washington, minggu lalu.

Aksi dua remaja itu turut dirakam orang ramai sebelum video itu menjadi tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat itu, m4ngsa, Mohammad Anwar, 66, dilihat cuba menghentikan kenderaannya daripada dilarikan dua remaja itu, namun kereta itu meluncur laju tahkala m4ngsa masih lagi berpaut pada kenderaan tersebut.

Kereta Honda Accord yang dipandu salah seorang suspek dilihat hilang kawalan merempvh bahu jalan yang menyebabkan kenderaan itu terbalik dan m4ngsa terc4mpak keluar ke kaki lima.

Sejurus itu, juga kelihatan salah seorang svspek memanjat keluar daripada kenderaan yang terbalik itu sebelum diberk4s.

Sehingga petang Ahad, video yang dikongsi di Twitter ditonton lebih 5.5 juta kali.
Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua suspek itu berasal dari Columbia dan Fort Washington, Maryland.

M4ngsa yang tinggal di bandar Springfield, Virginia dikatakan sedang menghantar makanan menerusi perkhidmatan Uber Eats ketika kejadian.

Anwar adalah antara ribuan warga Pakistan yang berhijrah ke Amerika Syarikat untuk masa depan yang lebih cerah.

Kematian Anwar turut mendapat perhatian orang ramai yang menjalankan kempen GoFundMe, untuk mengumpul sumbangan kepada keluarga m4ngsa.

Setakat Ahad, lebih AS$500,000 (RM2.1 juta) berjaya dikumpul sebagai kos pengebvmian serta kepada keluarganya.

Seorang wakil Uber menyifatkan m4ngsa sebagai seorang suami, bapa, datuk dan sahabat yang baik.

“Insiden ini betul-betul tr4gis dan saya bersimp4ti dengan keluarga Anwar untuk tabah mengharungi detik yang sukar ini,” kata wakil itu yang tiadk mendedahkan namanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:astro awani

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.