“N4mpak Baby Bump” – Elly Mazlein Kini Ham1l?

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, peminat mula meramalkan selebriti verstail, Elly Mazlein kini berbadan dua.

Kelihatan Baby Bump

Beberapa foto Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sebelum ini seakan memperlihatkan dirinya mempunyai ‘baby bump’. Difahamkan, spekulasi tersebut mula muncul selepas Elly kembali mengacarakan program Muzikal Lawak Superstar 2 beberapa minggu yang lalu. Sebelum itu, pelantun Dusta Cinta ini telah berehat seketika daripada program tersebut atas beberapa faktor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)


Bagaimanapun, sehingga kini Elly tidak memberi sebarang kenyataan mahupun pengesahan mengenai dakwaan tersebut. Menerusi artikel Murai.my terdahulu, Elly berkata dia lebih selesa untuk mengambil pendekatan berkongsi berita gembira tersebut(hamil) apabila sudah tiba masa yang bersesuaian. Jelasnya, dia enggan meletakkan sebarang harapan mengenai soal cahaya mata dan percaya akan perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya.

Sekadar info ,Elly telah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru dikenali sebagai Azlan pada 18 Januari 2019 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Menerusi perkahwinan Elly terdahulu bersama pengarah drama Azmi Hatta, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:elly mazlyn

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.