Setelah sekian lama berteka-teki tentang kisah cintanya, Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya bersama pendakwah bebas iaitu PU Riz. Dalam majlis yang begitu indah, pengacara berkenaan sah bergelar isteri dengan sekali lafaz dan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Orang lain pakat ‘usha’ pelamin cantik…Tapi Awal Ashaari focus dekat makanan
Di saat ramai orang lain kagum melihat keindahan pelamin serba putih berkonsepkan ‘Jabal Rahmah’, pengacara Awal Ashaari pula tertarik pada menu yang dihidangkan di majlis berkenaan. Malah selebriti tersebut siap membuat video khas dengan menunjukkan secara satu persatu hidangan yang ternyata cukup istimewa dan membuka selera.
Kalau semua nak upload cerita nikah Lofa dengan Haris…habis siapa nak upload cerita kita dapat makan apa?
Hidangan-hidangan berkenaan dibahagikan mengikut kategori iaitu kudapan, pembuka selera, sup, sajian utama dan juga pencuci mulut. Antara menu lazat yang disediakan adalah kerabu pais makanan laut, sup ekor lembu berempah, udang galah bakar berempah, serta dessert terkenal di negeri Kelantan iaitu butir nako.
View this post on Instagram
Laporan paling best, lain daripada yang lain…Awal datang sebab makanan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang gigih dirakam oleh Awal Ashaari. Selain memuji laporan yang disediakan pengacara itu adalah paling terbaik, ramai juga terliur menyaksikan setiap hidangan berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT
Sumber:Instagram Awal Ashaari
PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.