“Mat Salleh Always Power! Lel4ki Melayu Dia Punya Kh4tam R0mantik Jauh…Pr0pa Lebih!” Lana Nodin

Beberapa tahun lalu perkahwinan aktres Lana Nodin dan jejaka ‘mat salleh’ menjadi bualan ramai, tambahan lagi suaminya David McKienzie merupakan pemain bola tampar olimpik.

Selain pujian menggunung, keputusan Lana untuk mengahwini lelaki berbangsa Inggeris turut mendapat kecaman ramai.

Antaranya seperti “macam dah tak ada lelaki Melayu dalam dunia ni!”, “kenapa tah suka sangat kahwin ‘Mat Saleh’?, “dah pupus ke lelaki Melayi kat Malaysia ni?”

Menerusi episod kelima Borak Kelamin yang bakal ditayangkan 9 malam ini, Lana sempat berseloroh dengan mengatakan lelaki ‘mat salleh’ sentiasa power berbanding lelaki Melayu.

“Lelaki ‘mat salleh’ always power! Lelaki Melayu khatam romantik dia tak sekhatam lelaki ‘Mat Saleh’ la.

“Lelaki Melayu kan dia propa lebih…Depan lain bila kahwin lain,” jawabnya sambil diperhatikan suami disisi.

Sementara itu, tetamu undangan, Peguam Sivil dan Syarie, Ashikin Rahim bagaimanapun berkata ada juga lelaki asing yang suka mengambil kesempatan dan memeluk agama Islam hanya kerana untuk berkahwin.

“Saya tak kata semua lelaki asing begitu, tetapi ada,” katanya sebelum mendedahkan mengenai statistik penceraian melibatkan pasangan kahwin campur.

Menariknya lagi dalam episod malam ini Awal turut bertanya kepada David samada berminat untuk berkahwin lebih daripada satu.

Apa agaknya reaksi David? Berani tak dia menjawab soalan tersebut di hadapan isteri tercinta? Jomtonton Borak Kelamin yang ditayangkan selama 60 minit ini secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Borak Kelamin juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

Lana Nodin dan David McKienzie atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie berkahwin pada 15 Mei 2015.

Pasangan ini diserikan dengan dua orang cahaya mata comel Gia Quinn McKienzie, 5, dan William Daud Mckienzie, 2.p

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.