Kecomelan Alisa Aisyah Ikut Hairul Azreen Bersenam Dapat Perhatian

Telatah Alisa Aisyah, anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini sering sahaja mencuri perhatian ramai. Comel dan bijak ada sahaja perbuatannya yang dirakam dan dimuat naik di sosial media yang turut membuatkan ramai terhibur menyaksikannya.

Umum sedia tahu Hairul Azreen adalah pelakon aksi yang cukup hebat bila di layar. Sudah pastinya untuk mendapatkan hasil yang gempak seperti itu memerlukan latihan dan usaha yang cukup gigih sekali. Namun begitu baru-baru ini Hairul Azreen berkongsikan satu rakaman sesi latihan yang dilakukannya ketika di rumah.

Dalam rakaman itu kelihatan Hairul Azreen melakukan angkat berat dengan fokus sekali. Tapi apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah kehadiran anak keduanya Alisa Aisyah dalam rakaman tersebut. Namun pada awalnya turut kelihatan Yusuf menemani Hairul sambil mengira pergerakan yang dibuat.

Telatah Alisa ikut Hairul Azreen bersenam dengan gayanya tersendiri itu cukup mencuit hati. Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Hairul Azreen menerusi laman Instagram miliknya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)


Perkongsian rakaman Alisa ikut Hairul Azreen bersenam ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 81 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan telatah Alisa ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Part Alisa lawak…Hahah..Naik ontot je dia mampu”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Hairul Azreen

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.