Neelofa Throwback Game Online, Netizen B4las Dengan Sind1ran

Mungkin berniat mahu meredakan ketegangan kontroversi sedia ada, selebriti Neelofa memuat naik ciapan berkenaan permainan dalam talian lalu meminta pendapat netizen.

Namun begitu, majoriti netizen lebih memilih untuk mengulas mengenai bulan madu pasangan pengantin baru yang merentas negeri berbanding topik yang ditanyakan.

Foto : Twitter

Status tersebut diciap setelah kemarahan netizen meluap-luap dengan kesalahan demi kesalahan yang dibuat oleh pasangan selebriti tersebut. Malahan sikap ‘pilih kasih’ pihak polis juga dipertikaikan apabila akan memanggil Neelofa memberi keterangan pada 2 April nanti.

Jadi, sindiran netizen seperti permainan yang disukai berkaitan lari dan terbang ada kaitannya dengan cerita Langkawi ini.

Bagaimanapun, ada juga yang meminta netizen berfikiran positif bahawa pemergian Neelofa dan Pu Riz adalah atas urusan perniagaan atau urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Dalam pada itu, Neelofa dilihat memadam beberapa komen yang keterlaluan dan juga mengulang ciap status yang menarik seperti tiada apa-apa.

Foto : Twitter

Jadi, dengan situasi yang panas saat ini, apa yang perlu Neelofa buat? Mengulas isu seperti biasa atau menjauhkan diri dari media sosial seketika?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.