Penantian 10 Tahun Berakhir, Irwansyah Secara Rasmi Bergelar Bapa

Penyanyi dan pelakon popular Indonesia iaitu Irwansyah sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, Zaskia Sungkar yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon.

Bagaimanapun, tempoh itu juga mereka menanti untuk bergelar ibu dan bapa.

Pada 31 Mac 2021, impian mereka akhirnya tertunai.

Irwansyah telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau untuk berkongsi khabar gembira berkenaan.

Melalui caption:-

“Assalamualaikum anak shaleh ku , Ukkasya Muhammad Syahki anak baik , Qurrata a’yun nya mami papa yg nyusu nya nonstop ‎مَا شَاءَ اللَّهُ”

Irwansyah sudah mendedahkan nama bayinya itu.

Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para petugas kesihatan yang terlibat, dan buat semua yang mendoakaan mereka.

“Terimakasi banyak Dr @reinorambey , @drtiwi , @rsiabundajakarta , @morulaivf_jakarta , dan teman2 semua yg belum pernah ketemu tapi doa nya luarrr biasa terimakasih atas Support dan cinta nya untuk keluarga kecil kami selama ini.. semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis , dan support kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkahan ”

Selebriti itu turut memanjatkan rasa syukur dengan kesihatan bayinya yang baru dilahirkan tersebut.

“Alhamdulillah ukkasya sehat walafiat lahir dengan bb 3,4 kg tinggi 51 , MasyaAllah Tabarakallah , doain Ukkasya terus ya om tante”

Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan tahniah buat Irwansyah dan Zaskia atas kelahiran bayi mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Irwansyah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.