“I Kenal H4ti Bvdi Dia, She Is N0t Like That” Ika Nabella Bvka Mvlut Isv Perub4han Mend4dak Nonny Nadirah

Hangat diperkatakan kebelakangan ini mengenai perubahan mendadak penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia 5 iaitu Nonny Nadirah yang memuat naik foto seksi beliau di laman Instagram sehingga mengejutkan ramai pihak.

Bagi yang mengikuti Nonny di laman Instagram pasti tahu bahawa Nonny adalah seorang yang berhijab dan sopan.

Perubahan mengejut yang dipamerkan oleh Nonny itu sekaligus menarik perhatian ramai rakan artis dan netizen yang terkejut dengan perkongsiannya di laman Instagram.

Tidak terlepas dari ditanya mengenai perubahan Nonny itu, pelakon Ika Nabella yang juga rakan seindustri memuat naik satu hantaran di laman Instagram beliau :

Menurut Ika, dia melihat dan memerhati apa yang berlaku terhadap Nonny, tetapi mengambil sikap untuk berdiam diri kerana baginya setiap manusia melalui jatuh bangun seperti yang dilalui oleh penyanyi berkenaan.

Malah Ika juga mendedahkan bahawa Nonny bukanlah seperti apa yang dipamerkan sekarang, beliau adalah seorang wanita yang ada prinsip dan tahu tujuan hidupnya.

Mungkin ada sesuatu yang terjadi terhadap Nonny sehingga beliau mengambil keputusan untuk berubah seperti itu, Allah sahaja yang lebih mengetahui.

Mengulas lanjut, Ika turut berpesan kepada Nonny di dalam kapsyen yang ditulis, bahawa beliau sentiasa ada jika Nonny memerlukannya.

Mari kita doakan semoga segala dugaan yang dihadapi Nonny ketika ini dipermudahkan dan diberi jalan penyelesaian.

Semoga Nonny kembali ke pangkal jalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Ika Nabella

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.