Dikehend4ki! Gambar Nur Sajat Diedarkan, El4k L4ri Ke Luar Negara

Sehingga artikel ini ditulis, usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat dilaporkan terus menghilangkan diri bagi mengelakkan diri daripada ditangkap pihak berkuasa.

Gambar Sajat Diedarkan

Susulan itu, pihak Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah mengedarkan gambar Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.

Seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA, Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis berkata, gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lalu namun sehingga ke hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan usahawan itu.

“KITA MEMANG SENTIASA LAKUKAN KAWALAN KETAT DI SEMPADAN, SETAKAT INI, PINTU SEMPADAN MEMANG TIDAK DIBUKA KEPADA ORANG AWAM DAN HANYA KENDERAAN BERAT YANG MEMBAWA BARANGAN INDUSTRI SAHAJA DIBENARKAN MELEPASI SEMPADAN”

“NEGARA PALING DEKAT UNTUK DIA (SAJAT) KELUAR IALAH THAILAND, JADI KITA AKAN TERUSKAN PEMERHATIAN. MUNGKIN JUGA AKAN BERLAKU PENYAMARAN BAGI MENGELAK DARIPADA DIKESAN PIHAK PENGUAT KUASA. JADI KITA AKAN TERUSKAN KAWALAN KETAT DI SEMUA POS KAWALAN,” KATANYA PADA MEDIA

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed tidak menolak kemungkinan Sajat telah berada di luar negara selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu dan terus menghilangkan diri.

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi laman Instagram nya yang dipercayai dikendalikan oleh pembantu peribadinya, rata-rata pengikut tertanya mengenai ‘kehilangan’ pelantun Makhluk Penggoda itu selain mengharapkan dia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Bernama

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.